JASIN, 14 September 2018: Majlis Pehimpunan Bulanan Bil. 2 bagi tahun 2018 ini telah diadakan di Auditorium UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Majlis tersebut telah dimulai dengan bacaan ikrar yang telah diketuai oleh ASP/PB Zairul Hafiz Zainal. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Nor Aishah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Melaka. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian fail meja kepada penerima perlantikan baharu pentadbir akademik, penyampaian surat kenaikan pangkat, penyampaian cenderahati kepada pesara dan penyampaian sijil Employee of the Month. Akhir sekali, YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga UiTM Cawangan Melaka.






UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018
JASIN, 8 September 2018: Kelab Catur dan Unit Sukan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama bersama Kelab Catur Melaka (KCM) dalam mengadakan UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018 yang diadakan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin Melaka pada 8 September 2018.
Menariknya, program ini terbuka kepada pelbagai kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 18 tahun, pelajar- pelajar IPT serta kategori terbuka untuk semua peringkat umur. Sambutan daripada 200 peserta yang bukan sahaja terdiri dalam negeri Melaka, malah dari negeri Johor, Pahang dan juga Selangor .
Program ini dianjurkan bagi memupuk peserta untuk lebih bergiat aktif dalam menyertai kejohanan peringkat yang lebih tinggi. Ia juga dapat membuka mata golongan masa kini untuk menjadikan sukan chess sebagai platform utama bagi mengasah bakat. Program ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan diiringi oleh Puan Sarimah Mohamed, Penolong Pegawai Sukan Kanan UiTM Kampus Jasin sewaktu majlis penutupan UiTM Jasin Open Chess Tournament 2018.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ayer Keroh, 18 Sept. - Pasukan Komander Kesatria UiTM Cawangan Melaka dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori Pakaian Terbaik dan Kawad Terbaik sempena Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2018 sebentar tadi. YBhg Datuk Sabariah Hj. Mahat hadir menerima Piala dan Sijil disampaikan oleh YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka sewaktu program Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Melaka Bil. 09/2018 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR GAJAH, 29 Ogos 2018 - Seramai 88 orang pensyarah UiTM Cawangan Melaka menyertai Bengkel Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran anjuran Unit Hal Ehwal Kurikulum & Pembangunan Akademik (UCAAD), Bahagian Hal Ehwal Akademik, bertempat di Dewan Kuliah 6, Kampus Alor Gajah semalam.
Sesi bengkel ini disampaikan oleh YBhg. Prof Dr. Mohd Mustafa B. Mohd Ghazali dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr. Ismadi bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, merasmikan bengkel ini pada sesi pagi. Semoga dapat memberi nilai tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada para pensyarah UiTMCM.


9 Ogos 2018, Melaka - Satu mesyuarat khas sekolah-sekolah kluster telah di adakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 16 UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTMCM.
Pengetua, Guru besar serta penyelaras kluster dari tiga buah sekolah yang ditindikkan di bawah jalinan kluster hadir dalam mesyuarat ini. Sekolah-sekolah yang ditindikkan kepada UiTMCM adalah Sekolah Menengah Ghafar Baba, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Senggeh dan Sekolah Rendah Kebangsaan Brisu.
Pihak sekolah telah membentangkan program kolaborasi yang dijalankan bersama dengan UiTMCM sepanjang enam bulan pertama bagi tahun 2018 serta cadangan program daripada pihak sekolah bagi penggal kedua 2018 ini.
Pengerusi sekolah kluster bagi UiTMCM, Pn Afidah Sapari juga telah menyelaraskan setiap cadangan program yang dibentangkan oleh pihak sekolah bagi memastikan keberkesanan objektif setiap program yang bakal dilaksanakan.
Pada mesyuarat ini juga, YBhg Rektor menerima kunjugan daripada Pengetua, Guru serta wakil PIBG daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Pihak sekolah ingin merencanakan satu usahasama dengan UiTMCM, menjadikan UiTMCM universiti angkat mereka. YBhg Rektor menyambut baik cadangan daripada pihak sekolah itu. Pembentangan yang dibuat oleh Pengetua merangkumi tiga aspek iatu pembangunan akademik dan modal insan para pelajar, latihan induksif kepada para guru dan kakitangan sekolah serta keceriaan kawasan sekolah. YBhg Rektor mencadangkan agar satu ‘document of understanding’ dibuat sebagai pemudahcara untuk merealisasikan program yang dirancang.




AYER KEROH, 9 Ogos 2018 - Program Gaya Hidup Sihat telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka . Program tersebut telah diadakan di Taman Rama-Rama Ayer Keroh Melaka. Program Gaya Hidup Sihat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat ,Rektor UiTM Cawangan Melaka.




BANDARAYA MELAKA, 5 September 2018 - Majlis perasmian Pemantapan Destini Siswa Sesi Sept. 2018-Januari 2019 UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor. Turut hadir sama YBrs. Encik Ahmad Khairuman Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, YBrs. Prof. Madya Dr Ismadi Md Badaruddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Barisan Pengurusan dan Ketua-Ketua Pusat Pengajian.



CONTACT US :
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka,
- Kampus Alor Gajah (KAG)
- Kampus Bandaraya Melaka (KBM)
- Kampus Jasin Melaka (KJM)
Website Inquiry:
Webmaster: korporatmelaka@uitm.edu.my
Telephone:
KAG : (+606) - 558 2000
KBM : (+606) - 285 7000
KJM : (+606) - 264 5000