Bil |
Nama |
No H/P |
Cawangan |
Urusetia Negeri |
---|---|---|---|---|
1 |
Noordiana Sukur |
013-7087192 |
Johor |
Haslina 0177958304 |
Melaka |
Norfaezah 0126341443 |
|||
2 |
Noor Faiza M. Jaafar |
012-6578914 |
Negeri Sembilan |
Dr Rozita - 0196634788 |
3 |
Aziean Jamin |
016-3310381 |
Selangor |
Shariza - 0132283648 |
4 |
Norfadhilah Mohd Akhuan |
012-8773006 |
Perak |
Rizalina - 0125371763 |
5 |
Sumayyah Shaidin |
012-6774125 |
Kedah |
Zarina -0194022083 |
6 |
Ummi Kalsum Hassian (AJK Pewani) |
012-6601065 |
Pulau Pinang |
Marina 012-4453350 |
7 |
Siti Maslizah Abdul Rahman |
019-7926583 |
Perlis |
Mazura -00195661966 |
8 |
Shahitul Badariah Sulaiman |
012-6482728 |
Pahang |
Rosnita Jaafar - 013-7703672 |
9 |
Nor Azmawati Husain |
019-3809050 |
Kelantan |
Haliza -0173907899 |
10 |
Khalilah Ibrahim (AJK Pewani) |
019-3303375 |
Sarawak |
Aiza -0138183080 |
11 |
Khairunisa binti Md Nordin (pelajar master) |
017-5412657 |
Terengganu |
Fazlin - 0129594004 |
12 |
Sharifah Adlina bt Tuan Sayed Amran (pelajar master) |
017-4813260 |
Sabah |
DAN |
Bil |
Nama |
No H/P |
Tugas |
1 |
Puan Zainab Mohd Zain |
019-7573376 |
LO Dato’ VC |
2 |
Puan Khairiah Ahmad (AJK Pewani) |
017-2055052 |
LO Datuk Rektor Melaka |
BIL |
NAMA |
JAWATANKUASA |
NO HP |
1 |
Rohayu Ramli |
Setiausaha |
0136107806 |
2 |
Ruziana Rihan |
JK Pengangkutan |
0133996491 |
3 |
Norfaezah Khalet |
Sukan |
0126341443 |
4 |
Maizatul Saadiah Mahmud |
Malam Gala |
0183995644 |
5 |
Norfaizura Zaidi |
Penginapan |
0183224907 |
BIRO | SENARAI SEMAK |
JK SUKAN En. Mohd Tarmizi Mahmud Pn. Norfaezah Khalet Siti Syuhaili Mohd Nawawi Muhd Amirul Husny Hassan Md Anuar Ahmad Suzaini Othman Norrita Fadhilla Salehudin Mohd Azali Talib Muhamad Asri Abu Hashim Pn Siti Halijah Mamat 13 orang pelajar JSP |
|
JK MALAM GALA Pn. Maizatul Saadiah Mohamad Pn. Azwin Azny Aksan |
|
SETIAUSAHA 1 Pn. Rohayu Hj. Ramli Saiful Rizan Zulkeeplee Suhana Mohd Yasin |
|
SETIAUSAHA 2 Pn. Halimah Tukiran |
|
BENDAHARI 1 Pn. Che Som Kassim |
|
JK LOGISTIK Pn Zarina A. Hasan Pn Norliyah Munjat Izwan Sham Izhar Mohd Radzie Mohd Ramli Rahime Zulkeeplee Mohd Suhaimi A. Rahman Saiful Hamzah A. Rahim Mohd Nor Rajian |
|
JK PERSEMBAHAN Cik Hasnor Zura Hashim En. Mohd Hatta Mohd Yatim |
|
JK KESELAMATAN DSP/PB Mohd Sabri Abdul Aziz Insp/PB Maizatunnora Yop Ismail Insp/PB Jamaludin Che Mat |
|
JK HIASAN DEWAN Pn Zahara Ramli Wan Muhammad Zulkifli Wan Ahmad Nik Narimah Nik Abdullah Muhammad Hasri Abdul Rahim Mohd Hisham Johari Wan Nurul Izzati Wan Muhammad Zulkifli Rohaizat Othman |
|
JK HADIAH Pn. Hamidah Abd Rahim Pn Nor Ashikin Samat Pn Fuziyah Uzir |
|
JK PROTOKOL dan Majlis Perasmian Pn. Suriani Hj. Fathilah En Akmal Adnan |
|
JK PENGANGKUTAN Pn. Ruziana Rihan Pn. Noorayati Zakaria Raifiza Abd Rahim |
|
JK Liaison Officer Pn. Zainab Md Zain (K) Pn. Khairiah Ahmad |
|
JK KESIHATAN Dr. Yusri Salleh Pn Aminah Zakaria Norhafizah Anuar Shaari Mohd Yassin PBSM |
|
JK TAJAAN Pn Yang Chik Johari(K) Pn. Nor Aishah Husain Pn. Zarina A. Hasan Pn. Rozaimah Mat Sidek En. Mohd Ismail Abidin |
|
JK PUBLISITI Pn. Yun Zanariah Zulkhani En. Juan Rizal Saari |
|
JK TEKNIKAL DAN ICT Pn. Hazami Hussin Nor Azli Ashari Jasmi Abd Rahman Khairul Azman Zaleha Amad Shafiqah Modh Rafiq Mohamad Shahirrudin Bin Mohamad Razlan Norfarhana Binti Dzulkifli Nur Khairiah Binti Khairulazmi Norshahzni Anissa Binti Norjihad Muhammad Samhan Bin Rusli Shamin Ashraf Bin Kamaruddin |
|
JK PENGINAPAN En. Zulkifly Abd Majid Pn. Nor Faizura Zaidi Mohd Ridzuan Sabtu Siti Zahayu Saharudin Ruzaidi Buang Mohd Nazi Abd Wahab |
|
JK MAKANAN Pn. Ami Zita Ahmad Mohd Nor Ismail Amir Hamzah Ismail Nor Ridah Md Shariff Mohd Nubli Mohd Anuar Nurul Azeera Mohd Alwi |
|
JK KEUSAHAWANAN Pn. Nor Halawah Ahmad Pn Hamidah Abd Rahim |
|
JK LAWATAN Pn Khalilah Ibrahim Pn Ummi Kalsum Hussian |
|
ALOR GAJAH, 15 Mei 2018 - Telah berlangsung sebuah program The A.R.T of Batik 2018 yang bertempat di Dewan Bendahara UiTM Kampus Alor Gajah.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Yang Berusaha Cik Saraya Binti Arbi. Turut hadir bersama, Pengarah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Negeri Melaka, En Jefri Munir, Bahagian Promosi Pelancongan, Pn Norena Jaafar, Jabatan Kesenian & Warisan Negeri Melaka dan wakil wakil dari industri pelancongan yang lain..
Objektif program ini ialah untuk memberi impak yang besar dalam mengekalkan tradisi budaya kesenian pemakaian batik di kalangan masyarakat di Malaysia. Para pengunjung telah didedahkan dengan pengetahuan umum serta kemahiran asas tentang kesenian budaya batik yang diterjemahkan melalui beberapa aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. Beberapa pengisian aktiviti telah diaturkan mengikut kesesuaian pengunjung yang hadir ke program ini. Antaranya ialah aktiviti pameran batik, mencanting batik dan mewarna motif batik. Terdapat juga aktiviti pemperagakan pakaian bermotifkan corak batik yg melibatkan mahasiswa dan mahasiswi FPHP dalam mempamerkan cara pemakaian batik yang bersesuian dikenakan dalam pelbagai majlis.
Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas,seni batik bukanlah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat tempatan mahupun luar negara. Justeru, program ini diharapkan dapat memartabatkan pemakaian batik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dikalangan pelajar zaman kini. Program ini adalah berkat usaha dan semangat pelajar Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan juga penasihat projek iaitu Puan Asliza binti Mohd Yusof bersama penolong penasihat projek Puan Nooribtisam binti Abdul Karim. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat atas sokongan dan kelulusan terhadap penganjuran program ini.
ALOR GAJAH, 4 Mei 2018 - Seramai 260 pelajar Semester 3 Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118),
Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka dan ahli Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka telah menyertai program ini bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di Dewan Bendahara, Kampus Alor Gajah.
Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 5 BM118 (MBM1185F & MBM1185G) diketuai oleh Wan Amirul b. Wan Zulmuni Hisam dan Puan Aida Nur Mohd Kodri sebagai Penasihat Program. Program yang dianjurkan oleh pelajar ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka, PEWANI UiTM Cawangan Melaka, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Melaka, Youth Empowerment Society (YES).
Objektif penganjuran adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memainkan peranan untuk memperkasa kemampuan diri dari pelbagai aspek dan bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan. Antara pengisian pogram adalah Segmen Forum Women Empowerment, Segmen What Women Can, pemeriksaan kesihatan, pameran dan Bazar Wanita, aktiviti jualan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof Madya Sabariah Haji Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir Encik Ommeri Ormawi, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Melaka, Puan Roszie Amir, Pengasas Querenda (Proudly Feminine) dan Prof. Madya Shahariah bt. Osman, Pengerusi Persatuan Wanita UiTM Cawangan Melaka (PEWANI).
AYER KEROH, 4 Mei 2018 - Satu Memorandum Persefahaman antara UiTM dan Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO SEN) diwujudkan bagi bertujuaan meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan berkaitan dengan keperluan pembelajaran pelajar kurang upaya. Memorandum persefahaman tersebut telah dijalin adalah kerana untuk mengangkat UiTM Cawangan Melaka sebagai hub pelajar OKU bagi UiTM zon selatan berikutan kemasukan pelajar OKU ke kampus cawangan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Majlis menandatangani memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Ybhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan Dr. Safani Bari, Pemangku Pengarah SEAMEO SEN yang telah berlangsung di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka. Menurut Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat di dalam ucapan beliau, UiTM Cawangan Melaka secara proaktif nya mengambil peluang ini untuk menjalinkan kerjasama yang strategik untuk memajukan serta menyediakan pelbagai kemudahan khusus kepada pelajar OKU di UiTM Cawangan Melaka. Ini berikutan terdapat seramai 28 orang pelajar OKU di UiTM Cawangan Melaka dan dijangka bilangan ini akan meningkat apabila UiTM Cawangan Melaka telah diisytiharkan sebagai hub pelajar OKU UiTM zon selatan”. Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun.
DUYONG, 2 Mei 2018 - Majlis Pertukaran Pra Memorandum Persefahaman di antara UiTM Cawangan Melaka (UiTM CM) dan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) oleh Datuk Prof Madya Sabariah Hj. Mahat, Rektor UiTM CM dan Tan Sri Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi ISMMA disaksikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris B. Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka bertempat di Balai Adat, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
Seramai 40 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP), UiTM CM telah dipilih sebagai anak angkat kepada ISMMA bagi program-program Seni Budaya dan Warisan di negeri Melaka. Dengan memorandum ini, FPHP dan ISMMA akan membuat program-program pertukaran idea, aktiviti-aktiviti kesenian, kebudayaan, dan warisan di Melaka.
Turut hadir Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badarudin, Timbalan Rektor HEA dan En. Ahmad Khairuman Md. Hasim, Timbalan Rektor HEP.
ALOR GAJAH, 24 April 2018 - Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Let's Read Together for 10 Minute bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi sebagai tanda komitmen untuk sama-sama membentuk budaya membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Melaka khususnya dan seterusnya kepada masyarakat.
Program yang di jalankan serentak seluruh negara ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Dianggarkan lebih 700 orang terdiri daripada staf dan pelajar dari UiTM CM Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin terlibat mengambil bahagian.
Perpustakaan berbesar hati menyumbangkan cenderahati kepada peserta terpilih yang disampaikan oleh Pn. Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Perpustakaan melalui aktiviti Read & Win dan Peminjam Bertuah bagi menghargai pengguna dan menggalakkan budaya ilmu di kalangan komuniti UiTM CM.
En. Shaharin Sulaiman, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka muncul Johan Peminjam Bertuah, menjadikan perpustakaan sebagai sumber utama pencarian maklumat dan berharap agar para pelajar juga mengikuti langkah yang sama.
CONTACT US :
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka,
- Kampus Alor Gajah (KAG)
- Kampus Bandaraya Melaka (KBM)
- Kampus Jasin Melaka (KJM)
Website Inquiry:
Webmaster: korporatmelaka@uitm.edu.my
Telephone:
KAG : (+606) - 558 2000
KBM : (+606) - 285 7000
KJM : (+606) - 264 5000